Sunday, September 7, 2008

RESEPI : NASI GORENG PAPRIK AYAM

BAHAN-BAHAN NASI GORENG:
  • Nasi secukupnya ( untuk makan 2 orang
  • 1/4 labu bwg besar - dimayang sedikit
  • 1/2 Sudu Serbuk pati ayam
  • 2 Sudu minyak utk menumis
  • 50gram Cili Kering (dikisar)

CARA PENYEDIAAN :-

Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi , masukkan cili kering, masukkan nasi, serbuk pati ayam (tanpa MSG).

BAHAN -BAHAN PAPRIK AYAM :

  • Daging ayam secukupnya (dipotong kecil-kecilan)
  • Sotong /udang (Jika ada)
  • 2 ulas bwg putih - dicincang
  • 1 ulas bwg merah - dicincang
  • 2-3 biji cili api - dipotong
  • 1/4 labu bwg besar - dipotong
  • 3 Batang Kacang panjang - dipotong
  • 1 lobak merah - dipotong
  • 50gram bunga kobis
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 Sudu Bancuhan Tepung Jagung
  • 2-3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili/tomato
  • Garam dan gula serta minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN :

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang dan cili padi hingga wangi.
  2. Masukkan ayam/ sotong/udang - goreng sampai masak
  3. Masukkan sos/cili giling dan sayuran seperti kacang, bunga kobis, carrot.
  4. Masukkan daun limau purut
  5. Tambah sedikit air jika ingin berkuah
  6. Masukkan bancuhan tepung jagung & baki sayur-sayuran yang lain
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Hidang bersama nasi goreng yang telah disediakan.

3 comments:

ɯıssɐɥıuɐq nƃʞǝɥɔ

salam paksu corner..
terima kasih utk idea resepi nasi paprik...
:)

Miss Nina

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)

Izyan Nadiah

yan nak cube ni resepi nie..nyum nyu, :)) tq pak su

RESTORAN PAKSU CORNER SHAH ALAM   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP