Tuesday, January 27, 2009

MENU MASAKAN BARAT DI PAKSU CORNER

Pada hari Sabtu 24 Januari yang lalu, kami di Paksu Corner telah berkesempatan untuk mengadakan acara "Food Testing" atau mencuba hidangan serta resepi baru. Kami berasa terharu dengan kahadiran Chef Ismail daripada Hotel Holiday In @ The Park yang hadir untuk sessi menurun Ilmu kepada Chef Paksu Corner yang sedia ada.




Acara "Food Testing" adalah merupakan satu acara biasa sebelum sesuatu resepi atau hidangan itu ingin dimasukkan kedalam menu utama sesebuah Restoran. Pada masa ini kami merancang untuk membaiki menu yang sedia ada dengan menambah makanan barat sebagai salah satu alternatif kepada menu yang sedia ada.

Pada sessi "Food Testing" yang lepas, dua masakan barat telah dicuba yakni "Grill Chicken Chop" dan "Grill Black Pepper Steak" , Ayam Salai digoreng bersama habuk roti dan bersos Lada hitam manakala untuk hidangan daging pula adalah Daging Salai bersos Lada Hitam. Kedua-dua masakan ini disajikan bersama kancang merah , kacang hijau , kentang bakar , wedges dan coldslaw disertai minuman Jus Anggur Merah.

Alhamdulillah, sessi "Food Testing" ini dihadiri lebih 20 orang tetamu bagi mendapatkan pandangan dan pendapat mereka mengenai hidangan baru tersebut. Setelah semua persediaan siap kelak , Insyaallah jika tiada aral melintang Menu Masakan Barat akan di sajikan di Pak Su Corner pada 1 Februari 2009.

0 comments:

RESTORAN PAKSU CORNER SHAH ALAM   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP