SEJARAH PAKSU CORNER
Paksu Corner bermula lebih 10 tahun yang lalu di Shah Alam, bermula di Seksyen 18 Shah Alam, Paksu Corner yang ketika itu diuruskan oleh En. Alias Robani atau lebih mesra dikenali sebagai Paksu selaku pemilik. Beliau yang memiliki lebih 20 tahun pengalaman didalam bidang menyediaan makanan dan pernah berkhidmat di ZURICH Switzerland sebagai pembantu tukang masak dan tukang masak di beberapa restoran di sana.
Ketika beroperasi di seksyen 18, Paksu Corner adalah merupakan sebuah gerai makan yang kecil ketika itu dan diusahakan oleh lebih kurang 8 orang sahaja termasuk Paksu sebagai ketua tukang masak. Gerai yang boleh menempatkan tidak lebih daripada 50 orang pada satu-satu masa berkembang maju selama 4 tahun sehingalah ianya dirobohkan sebanyak 2 kali oleh Majlis Perbandaran Tempatan.

Selepas kejadian yang berlaku pada tahun 2005, Paksu Corner mula mencari tapak baru, maka bermulalah perniagaan Restoran di seksyen 16 Shah Alam, yang mana boleh memuatkan lebih 80 pelanggan pada satu-satu masa, setelah hampir 3 tahun dan pelbagai usaha dilakukan serta berkat usaha dan sokongan para pelanggan setia kami, maka pada 26 December 2008 Restoran Paksu Corner yang baru dan lebih besar telah berjaya dibuka.
Restoran baru yang berkapasiti lebih 350 tempat duduk ini mempunyai lebih banyak pilihan hidangan yang mempunyai harga berpatutan. Selain daripada menu nasi campur dan ala-carte, terdapat juga menu hidangan barat yang disediakan secara panggang (grill). Bilik berhawa dingin disediakan, kami berharap akan dapat menerima tempahan untuk mesyuarat , perjumpaan dan pelbagai jenis jamuan yang memerlukan bilik khas tertutup. Bilik tertutup berhawa dingin tersebut dianggarkan dapat memuatkan sekitar 100 pelanggan pada satu-satu masa.

3 comments:
Salam,
Ya saya pernah makan di warung pak su yang berjiran tadika Kemas ketika menyewa di Blok 9. Saya juga menyaksikan MBSA merobohkan bangunan itu.
Selamat maju jaya.
Latipah Nomokario
syabas teruskan perjuangan muga berjaya
saya dan keluarga selalu juga makan di pak su corner.. makanan dan layanan memang memuaskan.. teruskan ya...
Post a Comment