Monday, June 1, 2009

NASI LEMAK KUKUS PAKSU CORNER

Apa hidangan terbaru di Pak Su Corner ? Hidangan terkini di Pak Su Corner ialah Nasi Lemak Kukus Panas di masak kukus di hadapan pelanggan bersama dengan lebih 10 jenis lauk pauk termasuk Ayam Goreng Berempah panas beserta dengan beranika pilihan sambal seperti sambal udang , sambal ikan bilis , sambal sotong dan pelbagai jenis sambal dan lauk pauk yang lain termasuklah rendang hati dan limpa yang dimasak panas di dalam kawah di hadapan pelanggan.
Pelanggan akan dapat memilih hidangan kegemaran rakyat Malaysia ini secara layan diri tanpa sekatan, sesuai dengan konsep Paksu Corner , makan sedap, makan banyak dengan harga berpatutan. Hidangan Nasi Lemak Panas Paksu hanya RM3.00 sepinggan dan bergantung jenis lauk pauk yang dihidangkan.


Nasi Lemak Kukus Panas Paksu Corner ini boleh dinikmati setiap hari. Ianya bukan sahaja boleh dinikmati di Restoran Paksu Corner, Ia juga boleh dibawa pulang untuk di nikmati di rumah. Bagi yang ingin menempah Nasi Lemak Kukus Paksu beserta dengan pelbagai lauk pauk bagi sebarang tujuan majlis dan sebagainya, bolehlah menghubungi kami di talian 016-3684445 atau email kepada kami di paksucorner@gmail.com kami juga menyediakan pelbagai jenis lauk berdasarkan tempahan anda. Nimatilah Nasi Lemak Panas Paksu hari ini.

1 comments:

sourplum

semakin byk ek menu paksu corner
gud2
sy x berkesempatan agi nk pegi

RESTORAN PAKSU CORNER SHAH ALAM   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP